Ya, Netreka Hosting menyokong DNS wildcard untuk subdomain.
Apa itu Wildcard Subdomain?
Wildcard subdomain (juga dikenali sebagai Wildcard DNS) membolehkan anda arahkan semua subdomain — sama ada wujud atau tidak — ke satu folder tertentu dalam akaun cPanel anda.
🔧 Ia sangat berguna untuk:
- Aplikasi multisite seperti WordPress Multisite
- Mempercepatkan propagation DNS
- Paparkan kandungan yang sama pada semua subdomain seperti pada laman utama
Contoh: Jika wildcard subdomain diaktifkan, maka:
admin.testing.com
(subdomain yang wujud)support.testing.com
(subdomain yang belum wujud)
kedua-duanya akan paparkan kandungan yang sama sepertitesting.com
.
Wildcard subdomain ditulis dengan simbol *
di depan nama domain, contohnya:*.testing.com
🔒 Nota Penting: Ciri ini hanya tersedia jika domain anda menggunakan nameserver Netreka (DNS dihoskan oleh Netreka).
Langkah-langkah Untuk Buat Wildcard Subdomain #
- Log masuk ke cPanel.
- Dalam bahagian Domains, klik pada “Domains”.
- Klik “Create A New Domain”.
- Dalam ruang subdomain, taip simbol asterisk
*
untuk menunjukkan bahawa anda sedang mencipta wildcard subdomain. - Laluan folder (Document Root) akan dijana secara automatik, tapi anda boleh ubah jika perlu dengan masukkan path penuh di kotak Document Root.
- Klik Submit, dan anda akan terima mesej berjaya.




Apa Berlaku Seterusnya? #
📌 Selepas setup berjaya:
- Rekod wildcard akan ditambah secara automatik ke dalam DNS domain anda.
Jika anda nak semak atau urus DNS secara manual:
- Pergi ke Zone Editor dalam cPanel.
⌛ Propagation mungkin ambil masa beberapa jam.
Jika DNS Domain Anda Tak Diurus oleh cPanel: #
Jika root domain anda tidak diurus oleh server cPanel (contohnya guna DNS dari luar), anda perlu tambahkan rekod A wildcard (*.domain.com
) secara manual di tempat DNS asal diurus.
SSL dan Wildcard: #
🔐 Nota penting:
Netreka tidak menjual SSL wildcard buat masa ini, tapi anda boleh beli dari penyedia SSL lain, dan pasangnya sendiri melalui cPanel.
Tinggalkan Balasan