Alias dan redirect memang nampak serupa sebab dua-dua tujuannya adalah untuk bawa pelawat ke halaman laman web lain. Tapi yang membezakan keduanya adalah hasil akhirnya.
Apa itu Alias? #
Alias akan mengekalkan URL dalam pelayar. Maksudnya, bila seseorang taip example.org
, laman web sebenar yang dimuatkan adalah example.com
, tapi di bar URL masih akan terpapar example.org
.
Cara Tambah Alias dalam cPanel: #
- Log masuk ke cPanel
- Klik pada bahagian Domains
- Tekan Create a New Domain
- Tanda pada kotak bawah Document Root (File System Location) untuk cipta Alias
- Anda boleh urus semua Alias yang anda cipta dari sini

Kelemahan Alias: #
⚠️ Guna Alias akan pecahkan data trafik laman web anda, sebab ada pelawat yang masuk guna domain asal dan ada yang guna domain alias. Ini boleh jejaskan statistik dan SEO anda.
👉 Sebab itu kami lebih sarankan untuk guna Redirect.
Apa itu Redirect? #
Redirect pula akan ubah URL dalam pelayar. Bila seseorang taip example.org
, kandungan dari example.com
akan dipaparkan, dan URL dalam bar pelayar akan berubah kepada example.com
.
Dengan redirect, anda boleh:
- Arahkan satu domain ke domain lain
- Arahkan ke halaman tertentu atau keseluruhan laman
Perlu Diingat: #
⚠️ Kalau anda alihkan laman ke domain baru secara kekal menggunakan redirect, ada kemungkinan berlaku broken link, terutamanya untuk gambar. Anda kena semak dan baiki secara manual jika ini berlaku.
Cara Setup Redirect dalam cPanel: #
- Tambahkan domain terlebih dahulu sebagai Addon Domain
👉 Pergi ke Domains > Addon Domains - Selepas tu, pergi ke bahagian Redirects
- Pilih domain yang anda nak redirect menggunakan menu dropdown
- Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik Add

Dah siap!
Kesimpulan #
Alias sesuai kalau anda nak pelawat nampak seolah-olah mereka berada di domain asal (contoh: untuk branding). Tapi dari segi SEO dan data trafik, redirect lebih bagus, sebab ia jelas dan mudah dikawal.
Kami harap info ni bantu anda untuk buat keputusan yang terbaik – nak guna alias atau redirect? 💡
Tinggalkan Balasan