Menguruskan beberapa laman web serentak boleh menjadi mahal dan rumit, sebab itulah terdapat pakej hosting yang menawarkan pilihan hosting pelbagai domain. Bila memilih hosting jenis ini, antara perkara yang perlu anda perhatikan ialah:
- Pengurusan addon domain yang mudah melalui cPanel
- Akaun emel tanpa had
- Keupayaan menambah subdomain pada nama domain sedia ada
- Antara muka mesra pemula seperti cPanel
- Sokongan domain alias (URL berbeza yang menuju ke laman yang sama)
- Sijil SSL percuma atau berbayar
- Pengurusan parked domain
Dalam Shared Hosting #
Dalam cPanel, ada dua jenis domain tambahan yang boleh ditambah:
🟩 Addon Domain #
- Addon domain menunjuk ke folder berasingan dalam akaun anda.
- Contohnya, domain utama anda guna folder
public_html
, manakala addon domain boleh guna foldernewdomain
ataupublic_html/newdomain
. - Saranan: Gunakan akaun reseller jika anda ada banyak laman web yang berdiri sendiri dan mahu kawalan penuh serta sumber berasingan.
👉 Kekurangan addon domain:
- Semua laman web dijalankan di bawah pengguna yang sama, jadi jika ada isu keselamatan pada satu laman, ia boleh menjangkiti laman lain juga.
- Semua laman kongsi sumber dari satu akaun — jadi, prestasi mungkin terjejas jika trafik tinggi.
🟩 Parked Domain (Alias Domain) #
- Parked domain membolehkan anda menambahkan domain tambahan yang menunjuk ke laman utama anda.
- Contohnya: Anda miliki
namadomain.com
dannamadomain.net
, dan mahu kedua-duanya buka laman yang sama. - Anda boleh tambah domain tersebut sebagai parked domain / alias dalam cPanel.
👉 Penting: Pastikan anda buat redirect satu domain ke domain utama untuk elakkan penalti Google disebabkan kandungan pendua (duplicate content).
Biasanya, sistem CMS seperti WordPress akan buat secara automatik. Tapi anda juga boleh klik Manage Redirection selepas tambah parked domain untuk tetapkan manual.
Tinggalkan Balasan